Dua daerah di Sarawak iaitu Serian dan Samarahan kembali dilanda banjir bermula lewat petang semalam. Sehingga jam 8.00 pagi tadi tiga Pusat Pemindahan Sementara (PSS) dibuka iaitu dua di Serian dan satu di Samarahan melibatkan 133 mangsa daripada 33 buah keluarga.
Ia penambahan 14 mangsa berbanding 119 mangsa pada tengah malam tadi.